Ensembel Gendang 24 Musim


Assalamualaikum semua..Saya mengambil gambar ini ketika berada di Kl. Seperti yang kita ketahui semasa musim perayaan cina persembahan seperti ini memang akan sering di jalankan.persembahan ni dinamakan Ensembel ini dinamakan Gendang 24 Musim kerana setiap gendang besar ini dinamakan berasaskan satu musim pertanian di negara China. Nama musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum Cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan. Alat muzik yang digunakan dalam persembahan ini ialah 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu. Ini adalah serba sedikit yang dapat kita ketahui mengenai persembahan tradisi masyarakat cina pada musim perayaan mereka. Sekian Wasalam...

1 comments:

learn lighting said...

Makluamt yg bagus.namun gambar perlu lebih bagus lagi. Pernah cuba slow speed flash ? first& rearcurtain flash..sila semak manual camera, mungkin ada boleh lakukan.
terima kasih

Post a Comment