Jamuan Rakyat 1 Malaysia






 29 Mac 2011, Selasa. Pada jam 9.00 malam bertempat di Perkarangan Masjid Nur Hidayah Kg.Pandan. Majlis ini diadakan sempena Lawatan Sehari Ke Negeri Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN. Majlis ini dia adakan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kaum. Selain itu dapat juga para masyarakat beramah mesra bersama Timbalan Perdana Menteri kita. Majlis ini berjalan dengan lancarnya.

Hot Air Belloon at Putrajaya 2011






Pertunjukan Hot Air Belloon 2011 bermula dari 19 mac hingga 21 mac. Bertempat di Monumen Alaf Baru Presint 2. Terdapat beribu pengunjung yang hadir ke sini untuk menyaksikan sendiri kemeriahan di sini. Pengunjung dapat merasa sendiri bagaimana berada di udara dengan berada di belloon tu dengan harga rm10 bagi dewasa dan rm5 bg kanak-kanak. Terdapat bermacam-macam gerai di sini antaranya adalah gerai Viva Palestina, WWF dan bermacam-macam  lagi. Tidak rugi jika datang ke sini kerana ada bermacam-macam di sini kerana sambil membeli kita menderma..Sekian..

Pokok Parameswara berteduh...

Gambar pokok ini bukan sebarang pokok kerana pokok ini mempunyai sejarahnya.Ia terletak di Melaka. Saya sungguh tertarik dengan pokok ini kerana ia di katakan pokok Parameswara beristirehat.Ceritanya adalah bermula apabila Paramesawara melarikan diri ke semenanjung tanah melayu untuk mendiirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.Di bawah pohon pokok inilah dikatakan Parameswara suka berehat. Di gambar kecil ini menunjukkan dahan  di mana Parameswara suka duduk untuk berehat-rehat.Dikatakan lagi pokok ini hanya terdapat di negeri Melaka sahaja kerana  apabila di tanam di tempat lain pokok ini tidak akan tumbuh dengan subuh dan baik.Tetapi adakah semua ini hanya cerita benar ataupun hanya rekaan????ehmmmmm...

On saturday Night..!!!

Bertempat di e-Curve.Pada hari sabtu tempat ini sentiasa di kunjungi oleh para pengunjung.Di mana kita dapat lihat gerai-gerai yang di buka di pertengahan e-Curve ini hanya di buka pada hujung minggu. Oleh itu pengunjung tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. e-Curve adalah salah satu tempat yang di kunjungi para remaja.Di sini terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual pelbagai jenis barang.Di sini kita jangan mudah mengikut perasaan kerana ia tidak baik untuk diri kita.Kadang-kadang tempat sebegini baik untuk kita merehatkan diri dari seharian penat bekerja tetapi kadang-kadang ia tidak sesuai untuk minda kita.....jumpa lagi..

Pandai Keris




Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.  Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanou, kedutaan di Bali, kujang di Jawa Barat, dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran di raja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal. Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
        Ini adalah sebahagian dari sumber yang saya dapat mengenai keris.
 Pada zaman kini bukan sahaja orang Melayu menjadikan keris sebagai hobi untuk mengumpul tetapi bangsa lain juga seperti Cina dan orang Eropah. Ini apa yang saya ketahui daripada pembuat keris ini. Orang muda zaman kini juga tidak berminat untuk mengetahui cara pembuatan keris apatah lagi menghasilkannya. Di sini saya kongsikan sedikit cara pembuatan keris ketika saya berada di Melaka. Banyak yang kita akan dapat ketahui apabila kita berada di sini. Jangan biarkan keris ini lapuk dik zaman kerana ia adalah suatu lambang untuk masyarakat Melayu. Kita perlu tahu serba sedikit mengenainya. Sekian Terima Kasih......Jumpa Lagi...

Orphaned




Salam..Sebelum saya bercerita dengan lebih panjang lagi di sini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai maksud anak yatim. Anak yatim ialah dalam bahasa Inggeris disebut 'orphanage'. yang memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya tetapi bagi orang dewasa yang kehilangan ibu dan bapa tidak lagi di panggil anak yatim piatu kerana mereka sudah pandai menyara dan menjaga diri mereka dengan sendiri. 
Dengan penerangan saya di atas ini, pasti sudah dapat mengetahui gambar yang saya rakamkan di atas ini adalah mengenai apa. Gambar ini saya rakamkan ketika saya berkunjung ke Rumah Anak-anak Yatim di Petaling Jaya. Terdapat lebih dari 20 orang penghuni yang penginap di sini. Pelbagai cerita sedih, pilu dapat kita dengar kan di sini. Kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa di tinggalkan disini dengan raut wajah yang gembira, sedih, sunyi dan gurau senda. Mereka mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada mereka dan mengapa mereka di tinggalkan disini. Kenapa mereka tidak seperti kanak-kanak lain yang hidup dan di besarkan dengan didikan ibu dan juga ayah. Kita sama-sama doakan semoga mereka memiliki kehidupan yang cerah dan kehidupan yang sempurna walaupun mereka di gelar anak yatim piatu. Semoga kanak-kanak ini tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang akan mereka hadapi nanti...Amin..wasalam..


Domesticated Birds



Burung Merpati (bahasa inggeris: Domestic Pigeon atau Rock Pigeon). Nama sainsnya ialah Columba domestica. Burung Merpati merupakan burung yang paling diketahui dalam famili Columbidae. Burung Merpati ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruhnya tidak bergigi. 
Saya mengambil gambar ini di Batu Caves, Selangor. Disini kita dapat lihat ribuan burung merpati. Burung-burung merpati ini juga turut diberi makanan oleh para pengunjung yang berkunjung ke Baru Caves ini. Burung-burung merpati tersebut boleh di pegang dan diambil gambarnya tanpa di kenakan sebarang bayaran dan sekaligus ia memeriahkan lagi suasana di situ. Kanak-kanak juga tidak takut akan burung merpati ini kerana burung ini sangat jinak. Untuk mendekati dengan lebih dekat mengenai ribuan burung merpati ini bolah lah berkunjung ke sini dan di sini anda akan dapat mengetahui pelbagai lagi pengetahuan mengenai budaya,adat resam kaum dan bermacam-macam lagi. Ia adalah sekadar untuk pengetahuan bukan untuk di ikuti.  Sekian Terima Kasih..Jumpa lagi...:)