Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanou, kedutaan di Bali, kujang di Jawa Barat, dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran di raja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal. Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
Ini adalah sebahagian dari sumber yang saya dapat mengenai keris.
Pada zaman kini bukan sahaja orang Melayu menjadikan keris sebagai hobi untuk mengumpul tetapi bangsa lain juga seperti Cina dan orang Eropah. Ini apa yang saya ketahui daripada pembuat keris ini. Orang muda zaman kini juga tidak berminat untuk mengetahui cara pembuatan keris apatah lagi menghasilkannya. Di sini saya kongsikan sedikit cara pembuatan keris ketika saya berada di Melaka. Banyak yang kita akan dapat ketahui apabila kita berada di sini. Jangan biarkan keris ini lapuk dik zaman kerana ia adalah suatu lambang untuk masyarakat Melayu. Kita perlu tahu serba sedikit mengenainya. Sekian Terima Kasih......Jumpa Lagi...

1 comments:
Ini ialah feature story-patut shot ikut proses step by step.Gambar mesti variety size (kecil-hingga besar)dan berbagai jenis shot, establish, medium, close up dan xtreme close up-akan jadi menarik.
Bila buat cerita pastikan 5 w 1 H lengkap-nama tukang, tempat, umur,..proses buat keris,..
ok cuba sebaik mungkin!
Post a Comment